Thursday, May 26, 2011

HARI-HARI SEBAGAI GURU#2

Hari ni dapat satu pengajaran baru. Perlu la mengawal kemarahan...banyak beristighfar....sebabnye....
insiden1:
~tadi marah kat student dan terkeluar la perkataan yang sepatutnya kerana memg mereka terlalu melampau...CQ kata,"baru form 3 dah berlagak,boleh blah..memg tak berkat la", dan akibatnya, bdak2 tu x bleh nak jawab exam lpas tu..walaupun soaln tu layak bagi kat bdak sekolah rendah....
insiden2:
~CQ adalah orang yang tak suka lambat & terhegeh-hegeh bile wat keja (kecuali kalu dia sendiri yang sengaja mengada-ngada nak membuang masa).Nak dijadikan cerita, dia nak kuar, pastu ade la yang nak join, tapi ble dah lama menunggu, mula la CQ naik angin...bwak kereta punya la laju..memang sah2 melanggar halaju kebangsaan. Tapi masa tu x sedar lagi, smapi la nak ter'accident', baru la CQ sedar jangan terlalu ikut rasa marah..
Moralnya, bersabarla...


Wednesday, May 25, 2011

HARI-HARI SEBAGAI GURU#1

Puas sudah menghimpun sabar....hari ni masuk jaga exam 3A. Ini pun salah satu kelas yang suka wat CQ hilang sabar...Budak lelaki tak la teruk sangat, yang perempuan ni mulut mengalahkan murai tercabut ekor.
Teguran pertama CQ: Kalau dah selesai menjawab,tolong senyap. Jangan mengganggu orang lain.
Senyap la sekejap bdak pempuan ni(bdak pempuan yang sama diceritakan oleh cikgu puaka).yang menjadikan CQ hilang sabar, dia makin rancak plak berborak, siap saling menghadap....x faham betul mentaliti bdak2 skolah ni....x kira masa, nak bercakap je....CQ malas nak tegur dua tiga kali, dia senyap je la...tapi dalam otak dah merencanakan sesuatu...hehehehe....
masa menjawab tamat....CQ bangun dan kutip kertas pelajar yang diam dan memenuhi etika menjawab peperiksaan (11 orang je)...pastu CQ kemas2 meja & kertas jawapan, CQ pun bangun nak keluar kelas. Sebelum kuar CQ cam biasa la melaser kan mulut dia. CQ kata,"yang lain tu kertas layak masuk tong sampah je...nak markah pergi la hantar sendiri", CQ tau tindakan tu tak wajar, tapi tu je cara, bila tegur secara baik, diorg pijak kepala, langsung tak tau beradab..Jadi, perlu ambil tindakan sinis sebegitu.....


Tuesday, May 24, 2011

Dimanakah kita nanti? mari bersama kita renungkan....

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku
mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian
datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan
basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku,
perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring,
dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan,
masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN 1
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.
Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan
dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu
hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 2
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan.
Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya
meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan
tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 3
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh
dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 4
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air
pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam
jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN 5
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.
Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk
itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan
derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula
rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 6
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka
terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka
inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 7
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari
mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi
kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya
dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 8
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan
kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 9
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan
bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak
yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 10
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka
penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 11
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala,
gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,
bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka
terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN 12
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar
laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat.
Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

"Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat
lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah
bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan
Allah Yang Maha Pengasih..."

HARI-HARI SEBAGAI GURU

Baru je 6 bulan tapi macam-macam yang jadi kat sekolah..mulut pun dah jadi laser sekarang ni...

Cerita#1:Masuk kelas 4A, kelas yang x pernah kena marah....
Student: Cikgu, berapa markah Math kitorg?mesti sikit kan?
CQ: bukan sikit, tapi sikit sangat (dalam nada geram).
Student F: soalan susah la cikgu...
CQ: soalan ni senang gila(dalam nada yang sangat marah). rumus semua dah bagi kat muka surat depan, soalan ulang je apa yang dah belajar dari form 1 sampai form 3, tu pun tak bleh buat?
*monolog CQ, "konon nak amik add math, soalan senang pun x bleh jawab".
CQ sambung bebel lagi,"awak semua ni, cakap pandai, tapi ble exam, cam ni la, soalan senang pun kata susah". Semua student 4A tak berani angkat muka sebab sebelum ni tak pernah kena marah. Don't take for granted when your teacher never get angry...

Cerita#2:
Masuk 1B, jaga exam (ni kelas yang paling memeningkan kepala setakat ni). kelas ni tak kira masa, asyik bercakap je...cikgunya pun surrender dengan perangai budak2 kelas ni..sambil jawab exam pun leh berjalan2, bersembang lagi...macam biasa la CQ mengasah bakat membebel.
CQ: sebelum mulut saya ni kuarkan perkataan yang bukan-bukan, baik awak diam. (si AR ni pun diam sekejap, tapi lepas tu sambung balik perangai dia, g amik pen kawan la, g berjalan2 pusing satu kelas).
tu AR, belum campur perangai yang lain2 tu.....sengaja nak suruh cikgu bebel panjang2. Bila dah tegur, tapi duk wat jugak perangai lagi, CQ memang x suka ulang sampai dua kali benda yang sama, apa lagi, angin la....
CQ:(dengan perasaan yang geram & marah)patut la awak semua ni susah sangat nak lulus, x ada adab langsung. Masa belajar main, masa exam pun macam tu jugak.
semua pun duk diam..malangnya lima minit je bleh diam...pening2...



Monday, September 7, 2009

TABAHLAH HATI..JGN PUTUS ASA!!!!

TABAH LAH HATI....ALLAH TDK MENYUKAI ORG YG BERPUTUS ASA...YA ALLAH, AKU TAHU KAU BERIKAN UJIAN INI HANYA UNTUK MENDUGAKU..UNTUK MELIHAT SEJAUH MANA KESABARAN DAN KEKUATANKU MENGHADAPINYA...AKU TAHU DAN AKU YAKIN, AKU MAMPU MELEPASI N MENGHARUNGI DUGAAN INI...KERANA ENGKAU X KAN MENGUJI HAMBAMU DILUAR KEMAMPUANNYA...

TAPI YA ALLAH, AKU SANGAT BERSYUKUR, KERANA AKU TAHU SIAPA KAWAN N SIAPA LAWAN...SIAPA YG SANGGUP BERSAMA-SAMA KU, BERKONGSI SEDIH N KECEWA....
TERIMA KASIH TEMAN-TEMAN TERSAYANG...I LOVE YOU ALL...

Monday, August 31, 2009

its priceless!!!!

Hari yang penuh warna-warni...terima kasih Tuhan kerana memberi aku kesempatan merasai erti & nikmat kehidupan ini...kadang-kadang kita tak tahu rezeki kita di mana, tapi Allah itu maha Mengetahui..Dia biarkan kita melalui ujian-ujiannya, sedih & kecewa, untuk memberikan sesuatu yang lebih baik...kadang-kadang rasa putus asa, letih untuk melalui semuanya...tapi janji Allah itu pasti...pasti ada bahagian bagi org yang berusaha...

DAN janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa': 32)

So, jgn sesekali berputus asa dari rahmat Allah...kepada sahabat & teman yang sentiasa memberi semangat..terima kasih semua...tanpa kalian, agaknya masih tercari-cari arah hidup...masih mengenang yang telah lalu...terima kasih krn sentiasa memberi semangat dan berkongsi rasa suka & duka ini...aini, zue & yana, semoga kita berjaya mendaki puncak kejayaan ini, walaupun perjalanan untuk sampai ke puncak penuh cabaran, dugaan, ketawa, suka duka, kecewa & air mata...buat insan-insan luar biasa kak elly & abg azrul, kak nor & abg yus..terima kasih yg tidak terhingga...i love you all..see you at the top..insyaAllah...pengalaman ini adalah yg terindah...

Sunday, August 30, 2009

ermmmm....mcm mana ni????

susahnya kan untuk buat pilihan...yes @ no.. nak @ tak... kadang2 ble tak dberi pilihan lagi mudah..dh tentu kena terima...paksa rela la tu...tapi memg dh lumrah hidup memg macam tu...nak wat mcm mana..sedangkan pengakhiran kita pun kita kena pilih sendiri..neraka@syurga...aku ke yang memang x dberi ruang & peluang @ aku yg x nak memberi ruang & peluang itu? yang pasti bila kita dah merancang untuk keseluruhan hidup kita, untuk membuang salah satu drpd perancangan itu mgkin mudah, tapi nak tambah yang baru, memg segala-galanya perlu diubah....Ya Allah, aku hamba yang terlalu lemah, sangat memerlukan petunjukMu...