Monday, August 31, 2009

its priceless!!!!

Hari yang penuh warna-warni...terima kasih Tuhan kerana memberi aku kesempatan merasai erti & nikmat kehidupan ini...kadang-kadang kita tak tahu rezeki kita di mana, tapi Allah itu maha Mengetahui..Dia biarkan kita melalui ujian-ujiannya, sedih & kecewa, untuk memberikan sesuatu yang lebih baik...kadang-kadang rasa putus asa, letih untuk melalui semuanya...tapi janji Allah itu pasti...pasti ada bahagian bagi org yang berusaha...

DAN janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (an-Nisa': 32)

So, jgn sesekali berputus asa dari rahmat Allah...kepada sahabat & teman yang sentiasa memberi semangat..terima kasih semua...tanpa kalian, agaknya masih tercari-cari arah hidup...masih mengenang yang telah lalu...terima kasih krn sentiasa memberi semangat dan berkongsi rasa suka & duka ini...aini, zue & yana, semoga kita berjaya mendaki puncak kejayaan ini, walaupun perjalanan untuk sampai ke puncak penuh cabaran, dugaan, ketawa, suka duka, kecewa & air mata...buat insan-insan luar biasa kak elly & abg azrul, kak nor & abg yus..terima kasih yg tidak terhingga...i love you all..see you at the top..insyaAllah...pengalaman ini adalah yg terindah...

Sunday, August 30, 2009

ermmmm....mcm mana ni????

susahnya kan untuk buat pilihan...yes @ no.. nak @ tak... kadang2 ble tak dberi pilihan lagi mudah..dh tentu kena terima...paksa rela la tu...tapi memg dh lumrah hidup memg macam tu...nak wat mcm mana..sedangkan pengakhiran kita pun kita kena pilih sendiri..neraka@syurga...aku ke yang memang x dberi ruang & peluang @ aku yg x nak memberi ruang & peluang itu? yang pasti bila kita dah merancang untuk keseluruhan hidup kita, untuk membuang salah satu drpd perancangan itu mgkin mudah, tapi nak tambah yang baru, memg segala-galanya perlu diubah....Ya Allah, aku hamba yang terlalu lemah, sangat memerlukan petunjukMu...

Saturday, August 29, 2009

rindu la.....

nie abang n kakak..si kembar yg mak jaga dr kecik smpai la skrg...walaupun anak org,tapi dh syg cm adik sendiri je...kdg2 dengki gak..sbbnye masa kcik abah tu garang..kalu kami bising mesti dia mrh..tapi kalu bdak2 ni yg bising dia bleh lena plak...memg diorang manja la... masa diorang ni baby lagi, senang sgt nak jaga...kalu demam x pernah merengek n meragam....kalau abang, dia akan ckp "mama, abg rasa x larat la"..kalau kakak,tido je la kejanya... sekarang diorg dh darjah satu..hari2 kalau bleh nak blik dgn abah Ushi sbb nak makan kat umah mama..x tau la apa yg best sgt kat umah kami..tapi kalau diorg tak de memg sunyi la umah..boring sgt...




ni plak ameruddin..adik abg n kakak...ni lagi la manjanya...rindu sgt kat dia...rindu kat keletah dia...ade2 je bagi org gelak...tak taula dh besar cm ne bdak2 ni nant...hrp2 diorg ni x lupakan kami...memg syg sgt dh..rasa adik beradik sendiri..kalau nk mrh,selamba je marah...kalu ank org lain pk dua tiga kali jgak kot..tp sbb bdak2 ni dh lama sgt dgn kami, memg tegur n marah pun sbb syg...






amer...along rindu la...




Friday, August 28, 2009

Muslimah

Make up Muslimah, jadikanlah 'ghadul basyar' (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata, nescaya semakin bening dan jernih.
Oleskan lipstik kejujuran pada bibir, nescaya akan semakin manis.
Gunakan pemerah pipi dengan kosmetik terbuat daripada rasa malu yang dibuat di salun iman.
Pakailah sabun istighfar yang menghilangkan semua dosa & kesalahan yang telah dilakukan.
Rawatlah rambut dengan selendang islami yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.
Hiasilah kedua belah tanganmu denagn gelang tawaduk dan jari-jarimu dengan cincin ukhwah.
Bedakilah wajahmu dengan whudu yang sempurna, nescaya akan bercahaya di akhirat kelak..
insyaAllah hidup kita akan diberkatiNya...

-terima kasih sahabat yg memberikan pesanan ini..aku amat menghargainya-

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ramadhan.....

selamat menjalankan ibadah puasa...lakukan ibadah ini dengan bersungguh-sungguh..mungkin ini ramadhan terakhir bagi kita..jgn biarkan ramadhan berlalu hanya sebagai adat & rutin tahunan sahaja...sia-sialah puasa yang dilakukan andai ibadah puasa dianggap sebagai adat semata-mata...bagaimana ingin menjadikan puasa sebagai ibadah yang sebenarnya bukan hanya sbg adat? jauhilah pembaziran dlm membeli juadah berbuka..dahulukan perkara-perkara sunnah sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang berbuka dgn tamar...berhati-hati juga dengan percakapan seharian kita serta lipatgandakan usaha kita dalam menjalankan ibadah-ibadah lain...semoga puasa kita diberikan ganjaran pahala oleh Allah dan bukan sekadar mendapat lapar & dahaga semata-mata....semoga kita menjadi org-org yg beruntung...insyaAllah...

Thursday, August 20, 2009

mahabbah & mawaddah

Tidak ada sesiapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai. Malangnya hari ini terlalu ramai yang hanyut & musnah kerana cinta. Tidak inginkah kita kepada cinta yang membawa ke syurga? Mengapa mesti mengorbankan diri kepada cinta nafsu yang sudah pasti neraka akhirnya?
Cinta adalah perasaan halus yang pasti dimiliki oleh setiap insan. Dalam Islam sendiri, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan di dunia & akhirat kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta dan Allah SWT itu sendiri sesungguhnya Maha Pengasih Maha Penyayang.


Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"tiga perkara yg apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan dapat merasakan manisnya iman, iaitu: Allah & RasulNya yg lebih dicintai daripada yg lain, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci utk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tdk suka dilemparkan ke neraka".
(HR. Bukhari & Muslim)

Iman dalam Islam juga ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih syg sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri. Barang siapa yg ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklan dia mencintai orang lain kerana Allah ". (HR. Hakim)

Jalan menuju ke syurga bergantung kpd iman dan seperti hadith di atas, iman bergantung kepada cinta. Cinta dlm Islam adalah kaedah & sistem yg mempunyai batas. Ia adalah petunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah diri drpd dosa-dosa. Oleh itu, renungilah hakikat cinta yg sebenar agar kita tdk terlajak dalam memahami erti cinta. kepada mawar-mawar mujahidah bakal bidadari penghias taman-taman syurga Allah yg indah lagi mendamaikan, jgn biarkan cinta nafsu berada dalam hati sehingga tergadai maruah & harga diri. Carilah cinta Allah yg hakiki lagi abadi kerana cinta Allah itu terlalu luas & tdk pernah mengecewakan. Bukan mudah untuk memastikan 'hari pertama' kita berada dlm syurga kerana ia memerlukan perjuangan dan amalan yg bnyk semasa hidup di dunia.

Sabda Rasulullah SAW: "jln ke syurga dikelilingi dgn kepayahan & jln ke neraka dikelilingi dgn nafsu dan syahwat"


tetapkan iman, letakkan kecintaan kepada Allah sebagai yg terutama, InsyaAllah, jalan menuju syurga pasti dapat dilalui walaupun dgn seribu kepayahan.

Lafaz Yang Tersimpan




Lagu ini khas buat insan-insan kesayangan & yang utama dalam hidupku...
Kadangkala kita selalu lupa untuk menyatakan syg kpd org tua kita...jgn sampai kita terlewat untuk memberitahu mereka betapa syg & kasihnya kita kpd mereka. Jgn sampai saat mereka telah menutup mata baru kita mencium dahi & pipi mereka, dan jgn tunggu sehingga tubuh mereka kaku baru kita ingin mendakap mereka n menyatakan rasa cinta kpd mereka. Zahirkan sayang & kasih kpd ibu bapa bukan sekadar dengan perlakuan tetapi juga dengan kata-kata.

"ridhallah fi ridha al walidaini"