Thursday, August 20, 2009

mahabbah & mawaddah

Tidak ada sesiapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai. Malangnya hari ini terlalu ramai yang hanyut & musnah kerana cinta. Tidak inginkah kita kepada cinta yang membawa ke syurga? Mengapa mesti mengorbankan diri kepada cinta nafsu yang sudah pasti neraka akhirnya?
Cinta adalah perasaan halus yang pasti dimiliki oleh setiap insan. Dalam Islam sendiri, cinta merupakan perkara utama dalam kehidupan di dunia & akhirat kerana Islam sendiri merupakan agama yang berasaskan cinta dan Allah SWT itu sendiri sesungguhnya Maha Pengasih Maha Penyayang.


Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"tiga perkara yg apabila terdapat pada diri seseorang maka ia akan dapat merasakan manisnya iman, iaitu: Allah & RasulNya yg lebih dicintai daripada yg lain, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci utk kembali kepada kekafiran sebagaimana ia tdk suka dilemparkan ke neraka".
(HR. Bukhari & Muslim)

Iman dalam Islam juga ditegakkan berdasarkan cinta dan kasih syg sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai diri sendiri. Barang siapa yg ingin mendapatkan manisnya iman, maka hendaklan dia mencintai orang lain kerana Allah ". (HR. Hakim)

Jalan menuju ke syurga bergantung kpd iman dan seperti hadith di atas, iman bergantung kepada cinta. Cinta dlm Islam adalah kaedah & sistem yg mempunyai batas. Ia adalah petunjuk ke arah mendidik jiwa, membersihkan akhlak serta mencegah diri drpd dosa-dosa. Oleh itu, renungilah hakikat cinta yg sebenar agar kita tdk terlajak dalam memahami erti cinta. kepada mawar-mawar mujahidah bakal bidadari penghias taman-taman syurga Allah yg indah lagi mendamaikan, jgn biarkan cinta nafsu berada dalam hati sehingga tergadai maruah & harga diri. Carilah cinta Allah yg hakiki lagi abadi kerana cinta Allah itu terlalu luas & tdk pernah mengecewakan. Bukan mudah untuk memastikan 'hari pertama' kita berada dlm syurga kerana ia memerlukan perjuangan dan amalan yg bnyk semasa hidup di dunia.

Sabda Rasulullah SAW: "jln ke syurga dikelilingi dgn kepayahan & jln ke neraka dikelilingi dgn nafsu dan syahwat"


tetapkan iman, letakkan kecintaan kepada Allah sebagai yg terutama, InsyaAllah, jalan menuju syurga pasti dapat dilalui walaupun dgn seribu kepayahan.

No comments:

Post a Comment